Nampaknya begitu panas punggung pembangkang dalam hal ini. Maklumlah kerajaan sejak 30 tahun dulu tidak pernah peduli dengan PAS yang begitu hebat laksana tsunami mengkader dan melatih mahasiswa khususnya Persatuan Mahasiswa Univeriti Malaya.
PAS telah menenggelamkan cerita kapal besar mereka membawa ajaran PAS terhadap PMI 30 tahun lalu. Begitu licik PAS mahu menutup cerita 70an, 80an dan 90an. Siapa yang tidak tahu apabila dalam pilihan raya kampus pada masa itu mahasiswa pro pembangkang seperti PMI datang berkunjung ke taman melewar untuk berbaiah kepada taikong mereka seperti Presiden PAS. Siapa pula yang tidak tahu tentang program usrah, tamrin dan baiah yang dilakukan sepanjang tahun oleh PMI? Dato’ Nakhaei semasa dalam PAS sudah tentu dapat bernaratif indah tentang PAS di universiti. Tanyalah bekas-bekas PMI yang sudah menyertai kerajaan, mereka ini ibarat senjata yang dapat mengungkapkan segala kenangan dalam jemaah PMI itu.
PAS menutup kerja-kerja mereka
Persetankan isu sekarang!!! Ini hanya satu perangkap dan kerja-kerja untuk menutup PAS campurtangan dalam pilihan raya kampus sejak 30 tahun lalu. PAS cakap tak serupa bikin, PAS lah parti pembohong paling besar dalam sejarah Malaysia. PAS tidak boleh menutup betapa PAS telah berjaya mengkader dan melatih pemimpin-pemimpin pelapis PAS melalui PMI. Bagaimana mahu menutup kisah-kisah laksana gigolo ini.

Foto-1.Misbahul Munir Masduki, 2. Zaharuddin Ad. Rahman, 3. Khoirol Anwar Mat Zuki, 4. Mohd Ramadhan Fitri Ellias
PAS tidak boleh menutup cerita pemimpin PMI yang dilatih PAS seperti
1. Mohd Hafeez Ab. Samad, Presiden PMUM 1999/2000 (bekas exco PMIUM) yang kini sebagai Pegawai Eksekutif Pejabat Agung PAS, Taman Malewar,
2. Mohd Nazri Chik Timbalan Presiden PMIUM 1999/2000, dipilih sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat 2005/07,
3. Mohd Izwan Hj Mohd Yusof Presiden PMIUM sesi 2001/2 menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
4. Zaharuddin Abdul Rahman, Presiden PMIUM sesi 1999/2000 bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor,
5. Mohd Misbahul Munir Masduki, Presiden PMIUM sesi 1986/87 yang kini Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,
6. Khoirol Anwar Mat Zuki @ Mat Sabu Presiden PMIUM sesi 2003/04 yang kini Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
7. Mohd Nazri Din, Naib Presiden PMIUPM yang bertanding sebagai calon PAS di DUN Kubu Gajah, Perak pada pilihan raya 2004, dan kini menjadi AJK pemuda PAS di kawasannya.
Abdullah Abdul Karim, Bekas Presiden MPP UKM yang juga Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar, Pemuda PAS Pusat berkata PAS amat konsisten untuk tidak campurtangan dalam pilihan raya kampus “Saya berasa sungguh kesal kenapa Umno sahaja dibenarkan masuk kampus tetapi PAS tidak boleh, dan yang memalukan kempen yang dilakukan oleh kumpulan Aspirasi pula dibiayai oleh dana universiti sendiri," Tidakkah terasa lawak dan meloyakan kenyataan ini.
Jabatan Pembangunan Pelajar, Pemuda PAS ini sebagai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PAS tiba-tiba pula mahu menghantar memorandum kepada SUHAKAM menyelar kerajaan dan UMNO. Bukankah ini campurtangan yang amat jelas daripada HEP PAS ini? Apakah mahasiswa buta melihat semua ini?
Senarai pemimpin di atas termasuk Abdullah Karim dan Mohd Fadli Ramli bekas Presiden MPPUIA, bertanding dalam sebagai calon PAS di Tioman tahun lalu adalah mahasiswa ternakan PAS yang berjaya dilahirkan oleh PAS. Mereka ini adalah pemimpin mahasiswa yang hipokrit menyalak-nyalak melaungkan perjuangan tidak menyokong pembangkang di kampus tetapi sebenarnya mereka inilah anak didik PAS yang dilatih sejak dari kampus untuk menjadi pejuang PAS. Buktinya lihat sekarang siapa mereka anak-anak muda PAS yang mempertahankan PAS.
Abdullah Karim adalah antara dalang penggerak gerakan PAS di kampus. Tugasnya sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar Pemuda PAS membuktikan segala-galanya. Misinya ialah mahu menawan UKM, UM, UPM dan UIAM. Tetapi mampukah beliau? Apa perlunya Abdullah Karim menjadi penggerak kepada mahasiswa untuk menghantar memorandum atau bantahan sedangkan mahasiswa mempunyai keupayaan sendiri berbuat sedemikian. Tidakkah ini campurtangan? Bodoh sangatkah mahasiswa UIAM sehingga terpaksa menggunakan Abdullah Abdul Karim dan Mohd Fadzli Ramli (Pemimpin muda PAS) untuk membuat permohonan kepada mahkamah mengkaji semula pilihan raya di UAM? Tidakkah ini juga menunjukkan campurtangan keterlaluan daripada PAS? Jika bukan campurtangan......jadi untuk apa? Penjilat?
PAS sudah bertemu buku dengan ruas. Pergerakan mereka menyusup masuk ke kampus terhalang sejak kerajaan berusaha untuk membasmi kegiatan PAS di kampus. PAS hanya membuang masa dengan naratif-naratif sedih dan busuk hatinya. Percayalah Ahmad Lutfi Othman dan Abdullah Abdul Karim selepas ini akan menjadi liabiliti kepada PAS apabila mahasiswa aspirasi memenangi majoriti besar pilihan raya kampus tahun ini. Akan jadi sampah saraplah Akhbar Siasah dan Harakah.
PAS arahkan PMI tukar strategi
Alangkah malangnya apabila PMI tidak mempunyai pelapis. PAS dan PMI semakin tandus pelatih. Saki baki PMI yang tertinggal tidak layak pun bertanding dalam pilihan raya apabila beberapa syarat calon bertanding ditukar kepada 3.00. Maka akan kalahlah rejim PAS di IPTA. HEP PAS di bawah kelolaan Abdullah Abdul Karim sudah tentu panas punggung. Nampaknya hidangan istimewa sedang menanti. Bukan tepuk tangan tapi “boo”....

Di UPM - PMIUPM menempah maut apabila Exconya ditangkap dan didapati menyimpan dokumen “STRATEGI SULIT PMI” dalam pilihan raya kali ini. Dokumen strategi PMI ini bukan sahaja digunakan di UPM tetapi turut digunakan oleh PMI di UM dan seluruh IPTA. Etika Keselamatan mereka dalam perkara 4 iaitu pilihan raya amat jelas untuk menyembunyikan kegiatan PAS di universiti. “ Pastikan tiada langsung barang/dokumen yang berkaitan dengan jemaah kampus mahupun PAS di kolej kediaman”
Terlalu banyak sebenarnya apa yang boleh dibongkar mengenai kegiatan PAS di kampus. Tetapi PAS mahu menutupnya dengan menggunakan campurtangan umno di kampus. Sebenarnya PAS lebih dahsyat melaksanakan kerja-kerja membunuh minda mahasiswa di kampus....Sedarlah wahai sahabat-sahabat ku....
No comments:
Post a Comment